Tuesday, September 29, 2015

Jenis Penyakit Gigi Gerahan Kecil

Di Manakah Posisi Gigi Geraham Kecil?




Jenis Penyakit pada Gigi Gerahan Kecil 



1. Gigi Geraham Kecil Yang Berlubang

Gigi yang paling berpotensi untuk berlubang adalah gigi geraham kerana gigi geraham memiliki celah yang akan menyebabkan sisa makanan tersumbat dalam celah gigi. Apabila sisa makanan ini tidak dibersihkan maka akan membawa kepada gigi rapuh, menghitam, dan berlubang. Gigi yang berlubang akan membawa kesakitan kepada individu yang mempunyai gigi berlubang.

Gigi Geraham Berlubang dan Sakit Dicabut

2. Bau Mulut Yang Tidak Menyenangkan

Sebab wujudnya bau mulut ialah penjagaan kebersihan mulut yang lemah misalnya jarang memberus gigi dan tidak memberus gigi dengan betul akan mengakibatkan sisa-sisa makanan mereput di dalam mulut.

“sebab mulut busuk”的图片搜索结果

3. Penyakit Periodontal

Jangkitan bakteria kronik yang melibatkan gusi dan tulang yang menyokong gigi.  Boleh melibatkan sebatang gigi atau lebih.Disebabkan oleh bakteria di dalam plak (selaput gigi yang melekit dan tidak berwarna).  
Jika tidak dibersihkan menggunakan berus gigi dan flos setiap hari, plak boleh bertambah (dan menjadi keras untuk membentuk tartar) dan bakteria ini juga akan menjangkiti tisu gusi dan tulang yang menyokong gigi.
Jika proses ini berterusan, gigi menjadi semakin longgar.  Poket gusi iaitu suatu ruang akan terbentuk di antara gigi dan gusi, dan membenarkan lebih banyak bakteria berkumpul.